Saturday, March 23, 2013

Liga Dakwah Kreatif Peringkat Kebangsaan




PENGENALAN ::
Bidang teknologi maklumat merupakan suatu bidang yang tidak asing lagi dalam era globalisasi ini. Dakwah Islamiah juga dapat dikembangkan dengan meluas melalui kemajuan teknologi yang mengikut peredaran zaman ini. Justeru itu, Majlis Pemimpin Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SBP Integrasi Jempol (InteJ) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Liga Dakwah Kreatif peringkat kebangsaan  dalam bentuk pertandingan membuat video berasaskan syariat Islam, seiring dengan perubahan dan kehendak zaman. Penyebaran dakwah melalui medium teknikal yang kreatif ini sering menjadi keutamaan dan pilihan masyarakat.


Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia untuk menghantar wakil satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 5-7 minit dan pada umumnya bertemakan sifat-sifat mahmudah dan amalan-amalan terpuji yang dituntut dalam Islam.


OBJEKTIF ::
Objektif pertandingan ini adalah seperti berikut:


1. Melahirkan perintis dakwah yang kreatif dan berpandangan jauh


2. Mengeratkan ukhuwah silatur rahim antara pelajar


3. Mencungkil bakat, potensi serta kreativiti dalam diri setiap pelajar melalui acara yang dipertandingkan
4. Menaikkan nama BADAR di mata pelajar, guru dan masyarakat


Durasi Penyertaan : 5-7 minit


Tarikh Mula Penyertaan : 1 Mac 2013



Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Mei 2013



SYARAT PENYERTAAN ::


A. Maklumat Peraduan:


1. Pertandingan Liga Dakwah Kreatif adalah inisiatif dari BADAR InteJ.

2. Pertandingan ini dibuka dari 1 Mac 2013 hingga 10 Mei 2013.

3. Tema bagi produksi adalah “PEMIKIRAN KREATIF TERAS KEMAJUAN DAKWAH ISLAMIAH” .


B. Kelayakan Pertandingan


1. Pertandingan Liga Dakwah Kreatif ini terbuka kepada para pelajar Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia
2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3. Sebuah sekolah hanya layak untuk menghantar penyertaan satu kumpulan sahaja

C. Terma dan Syarat




1.      Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada empat (4) orang pelajar.

2.      Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM20.00

3.      Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 10 Mei 2013 kepada Penyelaras Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah.

4.      Tayangan video  hendaklah di antara 5-7 minit sahaja.

5.      Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

6.      Penyertaan hendaklah memaparkan sifat-sifat mahmudah umat Islam dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

7.      Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

8.      Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

9.      Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Penyelaras Pertandingan Liga Dakwah Kreatif kepada pihak sekolah berkenaan.

10.  Penyelaras Pertandingan berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.

11.   Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.

12.  Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.

13.  Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

14.  Hakcipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Penyelaras Pertandingan Liga Dakwah Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

15.  Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.

16.  Borang penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan:

a.       Biodata peserta

b.      2 salinan DVD produksi yang telah dilabel (rujuk Lampiran 1)

c.       Perakuan dari pihak sekolah.

d.      Perakuan penyertaan adalah kerja asli.

e.       Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat berikut:

Penyelaras Pertandingan Liga Dakwah Kreatif
Lajnah Penerbitan dan ICT BADAR

     Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol

     72 200 Batu Kikir

     Negeri Sembilan.


HADIAH ::


Hadiah tempat pertama           : RM 500 untuk setiap kumpulan dan sijil penyertaan setiap seorang

Hadiah tempat kedua              : RM 300 untuk setiap kumpulan dan sijil penyertaan setiap seorang

Hadiah tempat ketiga              : RM 200 untuk setiap kumpulan dan sijil penyertaan setiap seorang

Hadiah saguhati X 3               : RM 100 untuk setiap kumpulan dan sijil penyertaan setiap seorang

MAKLUMAT LANJUT ::
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
LAJNAH PENERBITAN BADAR
PERTANDINGAN LIGA DAKWAH KREATIF
SBP INTEGRASI JEMPOL,
72200 BATU KIKIR,
NEGERI SEMBILAN.
Tel : 019-9155601 (En. Umar Al Farooq)/ 019-2651778 (En. Mohd Saifunizam)/ 019-3458517(Filzah Adilah;Ketua Lajnah ICT)




No comments:

Post a Comment