Saturday, March 23, 2013

Liga Dakwah Kreatif InteJ



PENGENALAN ::
Bidang teknologi maklumat merupakan suatu bidang yang tidak asing lagi dalam era globalisasi ini. Dakwah Islamiah juga dapat dikembangkan dengan meluas melalui kemajuan teknologi yang mengikut peredaran zaman ini. Justeru itu, Majlis Pemimpin Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SBP Integrasi Jempol (InteJ) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Liga Dakwah Kreatif peringkat SBP Integrasi Jempol  dalam bentuk pertandingan membuat video berasaskan syariat Islam, seiring dengan perubahan dan kehendak zaman. Penyebaran dakwah melalui medium teknikal yang kreatif ini sering menjadi keutamaan dan pilihan masyarakat.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar SBPI Jempol untuk menyertai satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 5-7 minit dan pada umumnya bertemakan sifat-sifat mahmudah dan amalan-amalan terpuji yang dituntut dalam Islam.

OBJEKTIF ::
Objektif pertandingan ini adalah seperti berikut:

1.      Melahirkan perintis dakwah yang kreatif dan berpandangan jauh

2.      Mengeratkan ukhuwah silatur rahim antara pelajar

3.      Mencungkil bakat, potensi serta kreativiti dalam diri setiap pelajar melalui acara yang dipertandingkan
4.    Menaikkan nama BADAR di mata pelajar, guru dan masyarakat

Durasi Penyertaan                 : 5-7 minit

Tarikh Mula Penyertaan        : 1 Mac 2013


Tarikh Tutup Penyertaan      : 25 April 2013


 

 SYARAT PENYERTAAN ::

 

A.     Maklumat Peraduan:

 

1.      Pertandingan Liga Dakwah Kreatif adalah inisiatif dari BADAR InteJ.

2.      Pertandingan ini dibuka dari 1 Mac 2013 hingga 25 April 2013.

3.      Tema bagi produksi adalah “PEMIKIRAN KREATIF TERAS KEMAJUAN DAKWAH ISLAMIAH” .


 

B.     Kelayakan Pertandingan

 

1.      Pertandingan Liga Dakwah Kreatif ini terbuka kepada para pelajar SBP Integrasi Jempol
 
2.      Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

  C. Terma dan Syarat



1.      Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
2.      Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 25 April 2013 kepada Penyelaras Pertandingan .
3.      Tayangan video hendaklah di antara 5-7 minit sahaja.
4.      Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
5.      Penyertaan hendaklah memaparkan sifat-sifat mahmudah umat Islam dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
6.      Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
7.      Penyertaan adalah percuma.
8.      Penyelaras Pertandingan berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
9.      Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.
10.  Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
11.  Hakcipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Penyelaras Pertandingan Liga Dakwah Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
12.  Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
13.  Borang penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan:
a.       Biodata peserta
b.      Video yang berformat wmv.
Penyertaan perlu dihantar terus kepada Penyelaras Pertandingan
 
HADIAH ::
 
Hadiah tempat pertama              : RM 100 untuk setiap kumpulan dan layak ke peringkat kebangsaan
Hadiah tempat kedua                  : RM 70 untuk setiap kumpulan
Hadiah tempat ketiga                   : RM 50 untuk setiap kumpulan
Hadiah saguhati X 3                    : RM 30 untuk setiap kumpulan
 
MAKLUMAT LANJUT ::
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
            LAJNAH PENERBITAN BADAR
            PERTANDINGAN LIGA DAKWAH KREATIF
            SBP INTEGRASI JEMPOL,
            72200 BATU KIKIR,
            NEGERI SEMBILAN.
            Tel       : 019-9155601 (En. Umar Al Farooq)/ 019-2651778 (En. Mohd Saifunizam)
            E-mel   : badarintej@gmail.com
            Web     : http://www.badarsbpij.blogspot.com

 



No comments:

Post a Comment